TulipKu
Barat pernah berada di Zaman Kegelapan akibat dari keenganan membuka akal dan mata dan ego serta prejudis terhadap Islam.Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan Zaman Pencerahan.Kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang
bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.Umat Islam adalah umat yang hebat.Dalam satu episode yang mengagumkan
berjaya menguasai dunia dengan ilmu dan tamadun.
A.M Lothrop Stoddard didalam The New World of Islam berkata ,” Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia.Ianya lahir di bumi yang tak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.Dalam proses itu ianya meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia islam.” (7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin)
Itulah kehebatan empayar Islam di zaman kegemilangan dahulu.



Bagaimana kita melihat isu Jururawat Islam?Apakah yang dikehendaki oleh
Jururawat Islam?Adakah menjadi satu kesilapan jika kita mengambil manfaat dari tokoh jururawat barat Florance Nightingale dan Virginia Herderson yang tidak Islamik?adakah lengkap dengan kita hanya menjadikan tokoh jururawat Nusaybah dan Rufaidah sebagai model kejururawat Islam....selanjutnya di malammu bertenaga siangmu bertenaga
0 Responses