Wardatul Syauqi




Ini adalah Motivasi Pecutan Terakhir yang disampaikan oleh Dr Shukri Abdullah di PUPUK, Pengkalan Chepa. Program ini adalah program yang saban tahun diadakan, biasanya di sekolah, tetapi pada tahun ini, ia menghimpunkan 4000 orang warga pelajar Yayasan Islam Kelantan di dewan PC.



Sangat diakui, sentuhan yang dibawa oleh Dr Shukri sangat berkesan dan effektifnya perubahan itu terasa sampai sekarang. Saya pernah mengikutinya pada tahun 2005 sebelum menjelangya SPM. Terima kasih Maahad, menjadi pembuka jalan ke arah perubahan buatku.





Kerinduan pada lambaian kasih maahad, mengingatkan diri bahawa aku seorang maahadian. Maahadian mentarbiyyahku sebagai ahlinya bermula 04-05. Tamrin Pelajar Baru MMP, tamrin mingguan, tamrin nuqaba', Kem Kepimpinan Tarbawi, Mukhayyam Qiyadi, Kem Mahabbah dan pelbagai lagi tamrin sewajarnya membentuk diri sebagai warga maahadian yang lebih progressif dan praktikal. Tetapi sayangnya, proses itu tidak menyeluruh buat diri kerana diri terlambat mencapai hidayah yang Dia hulurkan. Namun, syukur buatMU Allah, kerana terasa ia sempurna kini, di sini, di bumi PPUM ini.
Thank you Allah, for realizing me in MMP that has successfully moulded me in being somebody! Thank you Maahad.
0 Responses